Selamat Datang Ke Rezki Ulung Enterprise..Hubungi kami di 019-5793991 (Shafa) 013-5977141 (Yana)

Jumaat, 10 Oktober 2014

PA System @ Cameron Highland

Alhamdulillah..
Terima kasih yang  tak terhingga kepada En Mohamed Zawawi kerana sudi menjemput Rezki Ulung untuk menjadi DJ majlis kenduri perkhawinan anak perempuan beliau iaitu Dr Nurul Natasha dengan pasangan hati pilihan En Ahmad Azhari. Majlis yang berlangsung di Jim Thompson Bangalore, Tanah Rata Cameron Highland ini memberi seribu makna yang indah bagi Rezki Ulung. Pertama kali menerima undangan dan Job di kawasan peranginan ini suka mengujakan. Majlis yang berlangsung ala-ala perkhawinan taman bunga ini sungguh indah. Tambahan pula dengan pasangan pengantin yang sama padan, sama cantik dan sama menawan. Yang paling penting sikap sporting ahli keluarga ini. Dari permulaan majlis sehingga lah selesai majlis, ha,pir semua ahli keluarga menyumbangkan suara menghiburkan pengantin dan para tetamu. Memang kelas suara keluarga beliau. Semua nya memang berbakat. Yang penting duet antara bapa pengantin perempuan dan bapa pengantin lelaki. Macam dah biasa buat persembahan bersama, tak ada langsung kekok tau sumbang mambang. Bapa saudara pengantin, saya ingat lagi namanya En Said. Fuh..mengalahkan penari pro, siap gelek lagi. memang happening. Terasa mudah dan senang kerja kami dengan kerjasama dari pihak keluarga en Zawawi. Sekali lagi terima kasih kami ucapkan atas jemputan ini. Insyaallah.. lpas ini klu ada rezki, kita jumpa lagi..

Akhir kata selamat menerima menantu dari kami Rezki Ulung Enterprise








Tiada ulasan: